Monday 26 October 2015

Antara kita

Kita berharap untuk memutar waktu bagi merubah keadaan.
Memadam jarak yang terbina dan memainkan cerita itu semula.
Lalu kita mengulangi babak yang sama.
Bertarung hujah dengan sinis yang sama,
Berteka teki tentang rahsia yang sama.
Dialog yang sama.

Walaupun dilatari masa dan tempat yang berbeza,
engkau tahu adegan ini masih serupa.
Kita sedar akan hal itu waktu kita sama-sama berjalan beriringan dalam diam yang panjang,
di bawah pohon-pohon yang menggugurkan daun-daun merah kekuningan,
Latar cuma pentas,
Sedang kita berdua masih watak yang sama,
mengadaptasi kisah yang diulang-ulang.

Engkau masih ego.
Aku masih pesimis.

Tapi kita takut dengan perubahan.
Kerana itu hari demi hari kita rela mengulangi adegan yang serupa.
Kita rela diam di titik klimaks,
resah mencongak-congak kebarangkalian di masa hadapan,
Ditinggalkan dalam suspen dan konflik perasaan yang terlalu panjang
Mencari kesudahan yang sempurna.



Aku bosan dan letih.

Saturday 22 August 2015

Komik strip ke mana hala tujunya??HOH!

At first,teringin nak buat satu cerita bersiri tentang golongan naqib dan naqibah ni..But then rasa2 nak santai je..So then,Ingat nak buat gabungan cerita bersiri n komik strip.But then,rasa malas..So...
For now,tak pasti ke mana hala tuju semua ni..
plus,masa ni niat nak practice edit colour jee






Suara Dari Kampung Teluk Rimba(Adaptasi cerpen Incek Bos)






Jalan cerita asal and adaptasi dari Penulis Cerpen  Soya Ais Peneram Madu. Nor Shahkang  aka jiran-40 rumah kiri kanan depan belakang di Rusholme MAnchester.
Cerpen dia jauh lagi berkualiti dan panjang tapi kerana kesilapan pelukis tak reti budget space.Maaf saya-budak-baru-belajar-ambil-galah-tolong-jolokkan punya orang..
So banyak dah tokok tambah elemen2 'pelik'.
Do comment and follow me yeah??

p/s:Panggil dia Incek bos kadang2 sebab rasa agak biadap kerana guna aku-kau evertho dia lagi senior.But heaven no,im gonna call men by 'abang'!!*rolling eyes

Tuesday 11 August 2015

Sang Raja (Ini bukanlah cerpen)

The mighty dragon had fallen.”Terngiang-ngiang kata  penasihat raja.
Betul katanya.Kelemahan seorang ‘raja’ sudah terbongkar.Di sebalik wajahnya yang ‘konfiden’,di sebalik deras kakinya melangkah,di sebalik wajah yang mendongak ke langit..Rupa-rupanya menyorok sejuta kedutan di dahi.
Si raja Cuma mampu tersenyum lewat membaca pesanan mesej yang dihantarnya..Bukanlah suatu kata-kata nasihat yang memujuk.Tapi menolaknya ke dalam ‘dunia’ realiti.Kata-katanya seolah menggoncang bahu. “Bangunlah raja!Kau sudah tewas!”
Raja disedarkan.
Lalu si ‘penasihat’ raja juga mula menjauhkan diri tatkala mengetahui kelemahan si Raja.Iya ke?Bukan ke selama ini raja yang terlalu angkuh?Tak ,persoalannya angkuhkah raja?Raja Cuma melindungi ‘kerajaannya’ yang sudah dijaganya buat 21 tahun.Lalu raja harus berhati-hati dengan segala cubaan untuk mencerobohi kerajaannya.Segala pintu kemasukan harus dikawal rapi.Tembok yang kukuh harus dibina sebagai benteng dari kemasukan anasir-anasir jahat yang berleluasa.Penasihat ‘raja’ juga tidak harus didekati kerana dia juga berpotensi untuk merampas ‘takhta’.
Tapi raja juga manusia..Raja sudah tersihir dengan luhurnya hati seorang bangsawan dari negara jiran yang sudah lama cuba membina hubungan diplomatik dengan kerajaannya.Sayangnya hubungan diplomatik itu sudah lebih dari hubungan perdagangan.’Kunjungan’ yang kerap dari kedua-dua belah pihak sudah membenihkan ‘perasaan’ yang aneh.Perasaan ‘dekat’ dan terlalu mempercayai sehinggakan si raja sering menurut apa sahaja pendapat dan saranan(tak ke sama pendapat dan saranan?) yang diutarakan oleh si bangsawan dalam menguruskan kerajaannya.
Akhirnya..
Kerajaannya jadi kacau bilau.Daerah yang sini memberontak dan daerah di sana pula bahagia menyambut ‘campur tangan’  oleh golongan bangsawan tersebut.Tapi si raja cuba optimis.Mungkin sahaja pihak yang memberontak itu terdiri daripada golongan-golongan ‘konservatif’ yang cuba untuk mengekalkan ‘suasana’ kerajaan yang sama seperti dahulu.”Perubahan perlukan waktu”.Si Raja memujuk kerajaannya.Lalu terbit soalan retoris dari kelompok pihak memberontak mendiamkan si raja :”Persoalannya,adakah tuanku sudah bersedia dengan perubahan ini?Adakah kerajaan kita sudah bersedia?”
Si raja terdiam.
Ya.”Adakah kita bersedia?”Campur tangan dan hubungat erat dengan ‘kumpulan bangsawan’ pasti menuntut lebih dari sekadar urusan perdagangan yang lancar dan rancak dari kedua-belah pihak.Apatah lagi hubungan ‘diplomatik’ itu sudah kuat diikat dengan ‘perasaan’ aneh yang dimiliki oleh kedua-dua belah pihak.Barangkali suatu hari nanti pemuda bangsawan itu akan menuntut untuk ‘diresapkan’ dalam kerajaan.Sekiranya begitu,segala cela dan ‘top secret’ kerajaan akan diketahuinya!Bagaimana sekiranya hubungan itu terlerai?Bagaimana dengan kerajaanku?Selamatkan rahsia-rahsiaku?Bagaimana dengan rakyat-rakyat yang sudah menaruh harapan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada si pemuda bangsawan?

Pasti sahaja keretakan dalam hubungan dua hala itu bakal menimbulkan kucar-kacir.Ketenangan akan begitu mudah terusir.Rakyat akan marah,sedih dan kecewa..Apakah yang lebih memberatkan hati si raja melainkan penderitaan rakyatnya?Si raja buntu.Utusan dihantar bagi mengirim perkhabaran dari si raja kepada pemuda bangsawan.Si bangsawan bingung kerana perkhabaran pada kali ini tidak terus disampaikan terus dari bibir si raja seperti kebiasaannya.Lantaran itu,‘khabar buruk’ sudah dapat dia hidu sebelum perkhabaran dibaca.Benarlah telahannya,si raja meminta agar si pemuda bangsawan mengeluarkan perintah menarik semula pedagang-pedagang di bawahnya untuk keluar dari negara si raja.Meskipun perintah itu menimbulkan banyak tanda-tanya,namun si pemuda bangsawan teguh memadamkan prasangka-prasangka buruk yang ‘viral’ dalam kalangan pedagang-pedagang di bawahnya.Baginya,apa sahaja kemahuan si raja akan diturutinya meskipun dia sendiri dihambat rasa kecewa dan sedih.

Saturday 6 June 2015

TAK SEMPAT NAK TULIS TAJUK OII!

The Naqib Boy-(Komik strip+Komic Series)
Dengan berperwatakan pemalu,lemah keyakinan diri dan tidak pandai bersosial,Rafi seorang pelajar lepasan Kolej Mara Banting tekad untuk mengubah dirinya.Kedatangannya di United Kingdom membawa bersama harapan menggunung untuk menjadi seorang muslim yang syumul.Namun,semangatnya mula diuji seawal bertemu dengan teman serumahnya yang tidak seperti yang diharapkan.Foo(Furqan),seorng pelajar genius dalam jurusan kejuruteraan yang sangat menggilai permainan video,adalah seorang Islam yang lahir dan membesar dalam suasana kebaratan dan sangat jahil dalam agama.Manakala,Khalid adalah seorang ulat buku dan workaholic yang lebih menghargai logik akal dari soal-soal spiritual mahupun emosi.
Ikuti suka duka kehidupan Kehidupan 3 housemate comel ini dalam perjalanan mengenal tuhan di bumi asing,Manchester dalam gabungan komik strip dan komik 'non-strip'(gelak).